Assalamualaikum....
Untuk pengetahuan semua sekolah kita sedang mengadakan latihan bola baling lelaki dan perempuan untuk kejohanan di sertik minggu depan. Baru-baru ini pasukan kita telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan SK Simpang Pelangai dan SKF Kemahal.Keputusan tidak lah berapa mengejutkan ....
bersambung..
Saturday, March 5, 2011
Friday, February 18, 2011
Khemah Ibadah sesi 2011
Salam,
Tahniah pada guru-guru yang terlibat dalam khemah ibadah sesi ini, InsyaALLAH segala usaha kita akan mendapat keberkatan dariNYA. Program yang bermula pada jumaat petang itu akan tamat pada 2.00 petang ini. Banyak program yang bermanfaat telah diatur dengan rapi untuk melahirkan insan yang berguna suatu hari nanti...
Banyak pengisian telah diberikan kepada pelajar yang mengikutinya.Antaranya berkaitan solat dan amali mengenainya, muhasabah tentang kejadian alam dan diri manusia.Semoga segala usaha guru SKPJJ mendapat rahmat dariNYA.
.
Tahniah pada guru-guru yang terlibat dalam khemah ibadah sesi ini, InsyaALLAH segala usaha kita akan mendapat keberkatan dariNYA. Program yang bermula pada jumaat petang itu akan tamat pada 2.00 petang ini. Banyak program yang bermanfaat telah diatur dengan rapi untuk melahirkan insan yang berguna suatu hari nanti...
| Solat Jemaah |
| Riadah menguatkan minda |
| Ucapan PK Ko-Kurikulum |
| Perbincangan Ilmiah |
| Amali wudu' |
| Amali solat |
| Program Muhasabah diri |
.
Thursday, February 17, 2011
SAMBUTAN MAULUD AR-RASUL
Tempat : Surau Sekolah Kebangsaan Pelangai Jawi-Jawi
Tarikh: 18 Februari 2011
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 am - 12.15 pm
Objektif Program
Menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW di peringkat sekolah.
Tarikh: 18 Februari 2011
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 am - 12.15 pm
Objektif Program
Menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW di peringkat sekolah.
- Memperingati sejarah Nabi dari sudut keluarga, peribadi dan kejayaan menyebarkan ISLAM.
- Menanamkan rasa cinta terhadap Rasul SAW
- Menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak terpuji.
- Mengeratkan persaudaraan di kalangan murid dan guru serta masyarakat sekolah.
Wednesday, January 26, 2011
Gunakan Sepenuhnya ICT Untuk Tingkatkan Mutu Pendidikan
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata pengetua boleh memainkan peranan kritikal dalam penggunaan ICT, bukan saja sebagai seorang pemimpin, tetapi juga sebagai seorang individu yang menggalakkan inovasi dan kemajuan secara berterusan.
"Masanya sudah tiba bagi kita mengubah konteks peranan pengetua dalam mengurus sekolah sebagai sebuah badan pembelajaran dalam erti kata sebenarnya," katanya ketika menyampaikan ucap utama pada mesyuarat meja bulat ke-5 Pemimpin-pemimpin Pelajaran Asean dan Persidangan Forum Pengetua Sekolah Asia Tenggara ke-3 di sini pada Rabu.
Ia diadakan sempena Persidangan Majlis Menteri-menteri Pelajaran Asia Tenggara ke-46 dan Mesyuarat Menteri-menteri Asean ke-6.
Muhyiddin berkata usaha untuk mengekalkan sekolah sebagai badan pembelajaran adalah kunci kepada gerakan menggalakkan inovasi pendidikan.
"Dalam era maklumat ini, pengetua sekolah perlu menggunakan ICT sebagai penggerak pembelajaran dan pencetus inovasi," kata Timbalan Perdana Menteri.
Beliau berkata antara penggunaan ICT dalam meningkatkan mutu pentadbiran sekolah ialah berkongsi ilmu selain menilai prestasi guru dan memantau kemajuan pelajar.
Muhyiddin juga memberitahu persidangan itu mengenai beberapa inisiatif yang termasuk sekolah kluster dan program ganjaran kepada sekolah yang mencapai petunjuk prestasi utama, bagi meningkatkan lagi mutu pendidikan di Malaysia.
Katanya 20 sekolah mencapai status pencapaian tinggi tahun lepas dan banyak lagi, termasuk yang di luar bandar, dijangka mencapainya tahun ini.
-- BERNAMA
Wednesday, January 19, 2011
Tahun Baru 2011
Selamat tahun baru pada semua guru dan staf, moga tahun baru dipenuhi semangat untuk mencurah keringat pada anak bangsamu.
Subscribe to:
Comments (Atom)